CONGKAK WARISAN (WARISAN BUDAYA)

PERMAINAN TRADISIONAL TRADISI LAMA SEKARANG DILUPUSKAN?

    Congkak sebenarnya berasal dari dunia Afrika atau Arab, hal ini terbukti apabila permainan ini dijumpai oleh persatuan National Geographic semasa proses cari gali purba, malah mereka juga menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh 5000 hingga 7000 sm di Jordan. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika dan akhirnya Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.

    semasa perkembangan congkak di Asia tenggara, tempat pertama yang mengenali congkak adalah Melaka kerana ia berkembang dari sana melalui pedagang yang berdangang di sana kerana Melaka merupakan pusat dagangan pada zaman dahulu. 

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu terkenal dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman sesawang di internet. Dalam laman-laman sesawang ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam talian.    

Malah zaman dahulu, kebanyakan masyarakat melayu kita sering berhibur pada waktu senja dengan aktiviti yang menarik tanpa memerlukan sebuah gajet mahupun barangan elektronik. Permainan congkak terkenal pada masa dahulu dan kini tetapi zaman kini tidak serancak dahulu, Malah zaman kini kebanyakan mereka bermain congkak dalam talian membuatkan mereka kurang berinteraksi sesama mereka. 

 Zaman masyarakat melayu dahulu penuh dengan ukiran yang sangat menarik dan mencorakkan warisan melayu yang terunggul.

Sebagai pencinta budaya dan warisan saya sangat bangga dengan permainan tradisional yang ada dan sehingga kina permainan ini dimainkan cuma tidak semeriah dahulu kerana zaman dahulu mempunyai banyak masa lapang bersama , tetapi kini hanya berbekalkan permainan dalam talian mengurangkan kegiatan warisan kita diteruskan. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

IDDIN RAMLI ? INFLUENCER BEJAYA! (TOKOH MOTIVASI)