USTAZ WADI ILMUAN BIJAKSANA (TOKOH AGAMA)

 


USTAZ WADI ANUAR SEORANG TOKOH MOTIVASI YANG BIJAKSANA DALAM MENYAMPAIKAN SYARAHANNYA TENTANG DUNIA AKHIR ZAMAN


    Ustaz Wadi Annuar atau juga nama sebenar ialah Mohamad Wadi Annuar Bin Ayub. Beliau lahir pada 20 September 1983 bersamaan 12 Zulhijjah 1403H di Kota Kuala Muda, Kedah. Beliau merupakan penceramah bebas yang aktif dalam kegiatan dakwah dan juga kebajikan sesama muslim . Antara syarahannya yang mendapat perhatian ramai adalah tentang Akhir Zaman, Akhirat dan Sirah Rasulullah ﷺ. Dalam kerjayanya beliau merupakan seorang Pengerusi & pengetua Akademi Darul Iftak, bertempat di Sungai Layar Hujung, Sg. Petani, Kedah pada tahun 2018 sehingga kini. Malah beliau juga merupakan Pengerusi NGO Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda, bertempat di Sg. Petani Kedah pada tahun 2021. Selain itu ustaz Wadi juga merupakan CEO Syarikat UWA Global Sdn. Bhd pada tahun 2022 dan merupakan pengerusi NGO Pertubuhan Ikatan Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ISLAMI) Kedah. Beliau mendapat pendidikan di Institut Fatah Islami Damsyik, Syria dalam kelulusan jurusan syariah & bahasa Arab. 

    Dalam ceramahnya banyak menerangkan dunia akhir zaman dan beliau juga menceritakan tanda-tanda kiamat dan apa amalan yang perlu kita lakukan di akhir zaman ini. Sebagai umat yang mukminin kita seharusnya menghayati ilmu agama dengan sebaiknya agar kelak tidak tersalah jalan dan menuju ke arah kebenaran. Malah kemunculan dajal kian diperkatakan oleh ustaz Wadi dalam ceramahnya, jadi kita seharusnya mengambil ikhtiar daripada segala yang sudah terjadi agar kita tidak tersesat dan tidak jauh dari dunia islam yang sebenarnya.
 
    Sebagai seorang pelajar yang mempelajari ilmu sastera seharusnya kita mempunyai ilmu agama yang tinggi dalam mengetahui hukum-hukum agama dan persoalan tentang dunia akhir zaman agar kita dapat menyampaikan sesuatu yang berguna dalam tulisan kita mahupun bahasa kita dalam menyampaikan sesuatu kepada masyarakat. Malah dalam dunia sastera kita seharusnya bijak dalam memainkan kata-kata yang indah dan benar menurut Islam agar tulisan kita lebih menarik dan tidak salah dalam menyampaikan isu dan maklumat kepada umum.

Jelaslah dalam setiap apa yang kita belajar dalam ilmu kita perlu dititipkan warkah keagamaan dan kebenaran agar dapat memberi manfaat kepada semua dan juga diri kita sendiri.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

IDDIN RAMLI ? INFLUENCER BEJAYA! (TOKOH MOTIVASI)