IDDIN RAMLI ? INFLUENCER BEJAYA! (TOKOH MOTIVASI)

ANAK MUDA TIDAK BOLEH MEMBERI MOTIVASI? IDDIN INFLUENCER MUDA PAKAR MOTIVASI?
Iddin Ramli? siapakah Iddin Ramli? seorang influencer? apakah kerjaya beliau? kenapa beliau dipilih sebagai pakar motivasi? 
Iddin Ramli merupakan seorang influencer yang pada mulanya berjinak-jinak dalam platform media sosial Instagram sahaja. namanya kian naik setelah beliau membuat video tentang nasihat dan motivasi. beliau sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada semua yang mengikutinya di Instagram dan sekarang platform media sosialnya telah berkembang kepada aplikasi yang kian menjadi tontonan ramai pada masa kini iaitu Tiktok dan YouTube dan sebagainya. beliau juga kian bergerak aktif dalam bidang penulisan. malah telah mengeluarkan dua buah buku nasihat yang sangat mendalam isinya. 

Malah dengan caranya memberi motivasi pastinya ramai akan mengikuti kerana kita sekarang berada di fasa yang agak tenat dan memerlukan anak muda untuk berinteraksi dengan golongan yang muda .

kenapa saya memilih Iddin Ramli sebagai tokoh motivasi yang saya gemari adalah kerana cara penyampaiannya sangatlah dekat dengan saya dan dapat membentuk diri saya ke arah yang lebih baik. Saya juga mengikutinya sebelum beliau mendirikan rumah tangga dan sekarang telah bahagia bersama anak dan isterinya. Walaupun sudah berumah tangga beliau masih lagi menjalankan bidang dakwahnya melalui caranya sendiri.

Baru-baru ini saya mengikut perkembangannya ke tanah suci bersama keluarganya dan beliau juga telah mengembara ke seluruh sekolah dan IPT yang ada di Semenanjung untuk menyampaikan motivasi secara percuma. Oleh kerana itu saya semakin bangga dengan perkembangannya yang semakin memberi manfaat kepada seluruh masyarakat.

ini adalah buku pertama yang telah diterbitkannya: 


Ulasan