BUNGA CINTA IKATAN


BUNGA CINTA IKATAN

Baiknya dia tiada tandingan

Umpama bunga mawar mewangi harum

Cantik kembangnya tidak semerti

Hebat dipandang tiada tandingan.

 

Itulah dia sahabat ku yang hebat

Manis di wajah, ikhlas dihati

Buruk baikku diterima, tidak di peduli, tidak dikhianati

Dia lah sahabat seumpama mawar merah

Merahnya terlihat ganas, luaranya terlihat kasar

Namun dalamannya sangat lembut dan jernih sekali.


Sahabat yang baik itulah kamu,

Salah ditegur, hebat menasihati,

Tiada tandingan tiada halangan,

Itulah sahabat yang dirindui ramai.

 

Itulah sahabat ku yang hebat

Manis di wajah, ikhlas dihati

Tiada hendak didendami , tiada perkataan yang perlu dibicarakan

Kerna sahabat yang baik tidak pernah menghakimi

Umpama mawar merah cantik di tenung jiwa

Umpama mawar merah wangiannya tidak dapat dilupakan

Itulah dia sahabat.. sahabat yang ikhlas bersama kita

Walau kian kita dipinggirkan dia datang melembarkan sayap

Melindungi dan menyelamatkan dengan tangannya yang hebat

Bahunya yang lembut , bicaranya yang  interupsi ketika berbahas,

Telinganya yang mendengar dengan teliti dan nasihatnya ku simpan jua.

 

Disinilah kita lihat,

Bahawa seorang sahabat tidak boleh di jual beli

Dan tidak mampu kita beli dengan emas permata

Tapi hargai ia bagaikan emas dan permata

Yang berharga.

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

IDDIN RAMLI ? INFLUENCER BEJAYA! (TOKOH MOTIVASI)