KUAT KERANA SYUKUR


 Dipinggirkan kerana tiada harta, dijauhkan kerana banyak kekurangan, dilupakan kerana tidak penting, dibiarkan kerana tidak disukai.

Ya aku tahu aku banyak kekurangan. Banyak kelemahan tapi aku menerima kekurangan dan kelemahan ku dengan reda.

Namun bila ramai yang menjauhkan diri.  Terasa diri ini kerdil seperti semut, semut yang dekat terlihat jelas apabila jauh tidak diketahui kewujudannya. 

Tapi aku harus kuat, kuat tempuhi segalanya walaupun bersendirian walau berseorangan kerna aku tahu nanti bila kita jatuh tiada yang mampu mengangkat dan tidak semua yang sanggup ada ketika jatuh kerana ramai yang mentertawakan tetapi tidak semua akan membantu. Jadi aku harus kuat, tempuh segalanya dengan kekuatan diri yang ada.

   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

IDDIN RAMLI ? INFLUENCER BEJAYA! (TOKOH MOTIVASI)