MUHAMMAD HAJI SALEH SASTERAWAN YANG TERULUNG (PENGARANG SASTERA)

MUHAMMAD HAJI SALLEH 

    Muhammad haji Salleh nama yang terulung dan dikenali ramai. Beliau merupakan seorang Sasterawan negara yang turut memenangi anugerah luar negara iaitu Anugerah penulis S.E.A Write Award pada tahun 1997. malah beliau juga seorang sasterawan yang telah dinobatkan sebagai tokoh akademik Negara pada tahun 2008. beliau seorang yang hebat tidak mengenal lelah dan penat. berkarya dengan jiwa yang hebat, mengkaji dan menelaah sumber untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Malah beliau juga membuat kritikan dalam karyanya.  




    Susuk tubuh yang hebat dan bijaksana. namanya juga mewartakan kebijaksanaannya dalam berkarya dan dalam berkerjaya.  Malah saya suka dengan sajak beliau yang menyatakan tentang pendatang yang dipergunakan dan di hina. Jelas terpancar di wajahnya bahawa beliau seorang yang berjiwa sastera dan mempunyai jiwa yang halus dalam berkarya. hebat dalam penulisan, hebat juga dalam bicaranya, Saya mengkagumi beliau kerana cara penulisannya yang hebat.

Terlalu lama

aku di sini.

hidup di antara

tempat dan tempat

waktu dan waktu

pertukaran dan pertukaran.

 

jikalau akarku

merangkak ke tanah ini

akan lainlah buahnya nanti

getahnya akan jadi anih

kental atau beku

atau mengalir

melawan arus.

 

tapi akan kupegang uratku

tenung mataku

dengan otot-otot yang sudah

diajar membantah.

 


    Raut wajah yang hebat berkarya tidak dapat kita sangkal, hebat memang hebat , namun kita yang masih terkial-kial ini tidak mahu mengikut jejaknya menjadi seorang penulis yang hebat? tidakkah kita mahu menjadi orang yang berjaya suatu hari nanti ? 

Sudah tunggu apa lagi! sama-samalah kita berusaha dalam berkarya menaikkan lagi Sastera dalam negara kita! mari kita lahirkan sasterawan negara yang terbaharu dan berjiwa muda!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

IDDIN RAMLI ? INFLUENCER BEJAYA! (TOKOH MOTIVASI)