Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2022

IDDIN RAMLI ? INFLUENCER BEJAYA! (TOKOH MOTIVASI)

Imej
ANAK MUDA TIDAK BOLEH MEMBERI MOTIVASI? IDDIN INFLUENCER MUDA PAKAR MOTIVASI? Iddin Ramli? siapakah Iddin Ramli? seorang influencer? apakah kerjaya beliau? kenapa beliau dipilih sebagai pakar motivasi?  Iddin Ramli merupakan seorang influencer yang pada mulanya berjinak-jinak dalam platform media sosial Instagram sahaja. namanya kian naik setelah beliau membuat video tentang nasihat dan motivasi. beliau sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada semua yang mengikutinya di Instagram dan sekarang platform media sosialnya telah berkembang kepada aplikasi yang kian menjadi tontonan ramai pada masa kini iaitu Tiktok dan YouTube dan sebagainya. beliau juga kian bergerak aktif dalam bidang penulisan. malah telah mengeluarkan dua buah buku nasihat yang sangat mendalam isinya.  Malah dengan caranya memberi motivasi pastinya ramai akan mengikuti kerana kita sekarang berada di fasa yang agak tenat dan memerlukan anak muda untuk berinteraksi dengan golongan yang muda . kenapa saya memilih Iddin

DRAMA: PEREMPUAN ITU (KRITIKAN DRAMA)

Imej
SENTUHAN ANTARA MAHRAM DAN BUKAN MAHRAM DI HALALKAN DALAM DRAMA MALAYSIA?      Industri negara kita, semakin lama semakin membangun tetapi mengapa masih ada penerbit yang menerbitkan drama yang berunsur lucah untuk tontonan umum. Drama Perempuan itu sebelum dikeluarkan baru-baru ini teruk dikecam kerana dalam teaser yang diterbitkan ada babak panas yang berunsurkan pornografi. Malah drama ini akan diterbitkan pada bulan Ramadhan tahun lalu. setelah dikecam teruk pihak produksi telah memotong babak tersebut namun dalam drama tersebut ada adegan yang bersentuhan antara mahram.  Jadi saya sebagai bangsa melayu dan beragama Islam saya menolak sekeras-kerasnya tentang isu ini kerana dalam Islam kita sendiri mengajar kesantunan sesama mahram dan tidak boleh bersentuhan antara wanita dan lelaki yang bukan mahram.  Malahan pula anak-anak muda akan terikut dengan adegan sebegini kerana mereka anggap pelakon yang mereka sanjungi ini melakukan hal sedemikian mengapa mereka tidak boleh mengikut se

CONGKAK WARISAN (WARISAN BUDAYA)

Imej
PERMAINAN TRADISIONAL TRADISI LAMA SEKARANG DILUPUSKAN?     Congkak sebenarnya berasal dari dunia Afrika atau Arab, hal ini terbukti apabila permainan ini dijumpai oleh persatuan National Geographic semasa proses cari gali purba, malah mereka juga menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh 5000 hingga 7000 sm di Jordan. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika dan akhirnya Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.     semasa perkembangan congkak di Asia tenggara, tempat pertama yang mengenali congkak adalah Melaka kerana ia berkembang dari sana melalui pedagang yang berdangang di sana kerana Melaka merupakan pusat dagangan pada zaman dahulu.  Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu terkenal dan diminati sehin

KUAT KERANA SYUKUR

Imej
 Dipinggirkan kerana tiada harta, dijauhkan kerana banyak kekurangan, dilupakan kerana tidak penting, dibiarkan kerana tidak disukai. Ya aku tahu aku banyak kekurangan. Banyak kelemahan tapi aku menerima kekurangan dan kelemahan ku dengan reda. Namun bila ramai yang menjauhkan diri.  Terasa diri ini kerdil seperti semut, semut yang dekat terlihat jelas apabila jauh tidak diketahui kewujudannya.  Tapi aku harus kuat, kuat tempuhi segalanya walaupun bersendirian walau berseorangan kerna aku tahu nanti bila kita jatuh tiada yang mampu mengangkat dan tidak semua yang sanggup ada ketika jatuh kerana ramai yang mentertawakan tetapi tidak semua akan membantu. Jadi aku harus kuat, tempuh segalanya dengan kekuatan diri yang ada.