DRAMA: PEREMPUAN ITU (KRITIKAN DRAMA)

SENTUHAN ANTARA MAHRAM DAN BUKAN MAHRAM DI HALALKAN DALAM DRAMA MALAYSIA?
    Industri negara kita, semakin lama semakin membangun tetapi mengapa masih ada penerbit yang menerbitkan drama yang berunsur lucah untuk tontonan umum. Drama Perempuan itu sebelum dikeluarkan baru-baru ini teruk dikecam kerana dalam teaser yang diterbitkan ada babak panas yang berunsurkan pornografi. Malah drama ini akan diterbitkan pada bulan Ramadhan tahun lalu. setelah dikecam teruk pihak produksi telah memotong babak tersebut namun dalam drama tersebut ada adegan yang bersentuhan antara mahram. 

Jadi saya sebagai bangsa melayu dan beragama Islam saya menolak sekeras-kerasnya tentang isu ini kerana dalam Islam kita sendiri mengajar kesantunan sesama mahram dan tidak boleh bersentuhan antara wanita dan lelaki yang bukan mahram. 

Malahan pula anak-anak muda akan terikut dengan adegan sebegini kerana mereka anggap pelakon yang mereka sanjungi ini melakukan hal sedemikian mengapa mereka tidak boleh mengikut sekali?

Jelaslah drama-drama tempatan seharusnya menerbitkan drama yang berkualiti yang dapat membentuk sahsiah masyarakat muda dan seterusnya memberi manfaat kepada mereka. Oleh itu setiap penerbit di negara ini perlu mempelajari lebih lagi tentang agama yang sebenar-benarnya dan jika ingin mengadaptasikan novel atau cerpen sebagai drama perlulah ditapis dengan bijak agar tidak memasukan sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada masyarakat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

IDDIN RAMLI ? INFLUENCER BEJAYA! (TOKOH MOTIVASI)