SASTERA BAHASA JIWA (ISU SASTERA)

     SASTERA DILUPAKAN? BAHASA ASING DIANGKAT? BAHASA MELAYU DIPINGGIRRKAN? KEMANAKAH ANAK BANGSA KITA?


Bahasa ibunda kian dilupakan. Bahasa sendiri bergiat asing di negara  sendiri. Bahasa melayu bahasa ibunda ,negara Malaysia berbilang kaum, semakin moden semakin ketinggalan. bahkan sastera dilupuskan... 

Sastera bahasa jiwa. mempengaruhi minda dan juga emosi. tidak disukai namun disegani kerana indahnya bak permata kata. 

    Kesusasteraan adalah seni halus yang sama ada dari sudut bahasa mahupun isinya iaitu yang sarat dengan isi yang bermanfaat, malah boleh dikutip sebagai pengajaran. Justeru itu hanya pemikiran yang kreatif dapat menghasilkan seni bahasa yang halus kerana karya sastera juga mempunyai seni bahasa yang sangat halus dan sukar difahami dan hanya orang tertentu sahaja yang memahami bait-bait ayat tersebut.

Ramai anak muda yang menggunakan bahasa asing ketika bergaul, ramai anak kecil diajar dan dididik dengan bahasa asing, banyak sekolah yang menggunakan bahasa asing sebagai bahasa pengantar, namun siapa sangka bahasa asing dapat memajukan negara kita? namun kenapa bahasa kita dilupuskan dan dipinggirkan ?

kemanakah acuan kemelayuan kita semua? ini tanah melayu! tanah air kita kenapa kita perlu perjuangkan bahasa asing sedangkan bahasa kita dipinggirkan?!

jiwa yang longlai jiwa yang ragu...ragu dengan bahasa sendiri, lelah dengan jiwa sendiri, namun bangga dengan bahasa asing. 

Sastera bahasa raga, jiwa yang duka bertarung kata . menyemai rasa dalam perkataan. indahnya bahasa tidak terperi... jiwa yang hampa kian gembira dengan luahan kata di tulisan. 

Jadi mengapa Sastera dilupakan? mengapa di pandang hina? padahal indah bila berduka, indah juga bila berbahasa.

Sudahlah mengangkat bahasa bukan ibunda! kerana kelak tanah air menjadi tanah milik kita tapi bukan milik kita kerana asingnya dijajah jua.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

IDDIN RAMLI ? INFLUENCER BEJAYA! (TOKOH MOTIVASI)