PULAU: SERAM? (KRITIKAN FILEM)

NAMPAK SERAM TETAPI LAGI SERAM ADEGAN YANG ADA DALAM FILEM KITA SENDIRI DAN PELAKON TEMPATAN!
   
 Pada era kemodenan ini, terdapat pelbagai filem yang hangat di pasaran, sekelompoknya hangat dengan jalan cerita yang menarik dan memberi faedah kepada masyarakat namun ada juga segelintir pengarah yang mengeluarkan filem yang tidak memberi faedah dan tidak bermutu. kepada masyarakat. Malahan ada juga yang mengeluarkan filem tidak bertapis untuk anak-nak bangsa yang sedang membangunkan negara. sebagai contoh filem baharu yang akan keluar nanti, filem Pulau pada dasarnya akan diterbitkan pada 9 mac 2023 namun setelah trailer terbaharu mereka keluar sekitar minggu ini terdapat unsur-unsur pornografi yang agak jijik untuk tontonan kepada seluruh masyarakat kerana cara pemakaian mereka yang agak menonjol boleh merosakkan anak-anak muda masa kini. Di poster filem mungkin nampak seram tetapi pada dasarnya ada unsur pornografi pada poster tersebut yang boleh membunuh masyarakat dengan cara yang halus. Malah filem yang terlihat seram ini lebih seram dengan adanya unsur yang tidak baik untuk masyarakat kerana dapat merosakkan anak bangsa kita.
   
 Malahan pula, terdapat pelakon tempatan dan beragama Islam yang turut memegang watak penting dalam filem tersebut. Hal ini akan mengakibatkan ramai anak muda akan terikut-ikut dengan watak mereka kerana adanya pelakon idaman mereka.

    Bagi saya filem ini sangat tidak masuk akal untuk dikeluarkan nanti dan pada waktu itu mungkin kita sedang bersiap sedia jiwa dan raga untuk menghampiri bulan yang mulia bulan Ramadhan Al-Mubarak pada 23 mac 2023. jadi bagi saya filem ini seharusnya di kritik dan di tapis semula oleh pengarah filem di negara kita agar mengeluarkan filem yang memberi faedah dan bermanfaat kepada diri sendiri dan masyarakat kita.

sama-sama kita membanteras sekuat-kuatnya isu pornografi yang ada dalam industri tanah air dan juga menyediakan filem yang bermanfaat kepada semua! 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

IDDIN RAMLI ? INFLUENCER BEJAYA! (TOKOH MOTIVASI)