DATARAN MERDEKA: LUAS TERBENTANG BICARA DIRI (LOKASI YANG DIKUNJUNGI)

    Walaupun banyak bebanan yang perlu ditanggung dan perlu dihadapi, kita perlu mengambil sedikit masa untuk berhibur dan menenteramkan diri. Sebelum minggu ke 14 berlabuh bagi semester ke 3 ini, saya dan rakan-rakan menaiki bas untuk menghiburkan diri ke kuala lumpur, kami tidak ramai tapi kami ada. Ada apa? ada bila perlu dan ada bila senang. Jauh di sudut hati mengenangkan ibu ayah di kampung namun kami perlu teruskan tekad kejar impian kami dan habiskan ijazah demi segulung sijil yang insya-Allah akan bernilai nanti. kami menaiki smart bas Selangor yang percuma dan turun di KTM Serdang. dan meneruskan perjalanan menaiki KTM serdang ke Bandar Tasik Selatan dan menukar LRT di sana menuju ke Masjid Jamek. Di Masjid Jamek terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi termasuklah masjid Jamek, dataran merdeka, perpustakaan Kuala Lumpur dan sebagainya. Pada hari kami berada disana cuaca sangat tenang tidak terlalu panas dan tidak terlalu mendung. semuanya baik-baik saja alhamdulillah dan persekitarannya juga sangat bersih.


    Keadaan bas Smart Bas Selangor ini sangat sempurna, kami di wajibkan memakai pelitup muka sedangkan sekarang isu virus tidak lagi melonjak tinggi seperti dulu namun kami amat patuh dengan arahan. Lagi pula bas tersebut adalah percuma dan kami perlu mengimbas aplikasi cepat agar dapat menaiki bas dengan selamat. perjalanan bas ini mengambil masa sekitar 30 minit untuk sampai ke KTM Serdang kerana bas ini akan berpusing secara berperingkat dari fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi dan destinasi akhirnya adalah KTM Serdang. Pemandu bas tersebut juga sangat ramah dan bijak dalam berkomunikasi. sebagai pelajar saya sarankan sesiapa yang ingin berjimat bolehlah memilih pengangkutan awam seperti bas Smart bas Selangor dan perlulah bijak dalam mengatur perjalanan dengan sebaik mungkin.

    Sewaktu berlegar-legar di Bumi Kuala Lumpur yang tersergam indah ,tidak lupa pula untuk kami menunaikan kewajipan sebagai seorang yang beragama Islam. Kami singgah di Masjid Jamek untuk menunaikan solat Zuhur di sana sekitar jam 2 petang. Setiap kesempurnaan pasti ada kelemahan masing-masing termasuklah masjid ini. antara kelemahannya adalah tempat wuduk bagi wanita adalah di dalam tandas dan amat jauh dengan tempat solat lebih kurang 20 M , jadi bagi saya ini sedikit menyusahkan golongan wanita kerana perlu berulang alik jika air wuduk terbatal ketika solat. Jadi setiap kesempurnaan dan kecantikan setiap apa yang kita lihat adalah sama sekali tidak boleh disangkal dengan benar kerana setiap sesuatu pasti ada kelemahan dan keburukannya, hanya Tuhan Yang Esa dan kekasih-Nya sahaja yang sempurna yang tidak boleh kita sangkalkan lagi. 





    kami juga berkunjung ke Perpustakaan Kuala Lumpur yang terletak tidak jauh dari dataran merdeka. Dalam Perpustakaan tersebut ada Pantry atau ruang dapur dan ruang makan yang sangat cantik dan dapat memudahkan sesiapa yang berkunjung disana untuk berehat sambil menikmati makanan disana. Ruangan dalam perpustakaan tersebut amat luas dan sangat selesa dengan adanya kerusi dan meja yang tersusun rapi , sangat menyamankan bagi kami semua, malah tempat tersebut juga mempunyai 3 tingkat semuanya dan dalam keadaan yang cukup bersih. Dalam Perpustakaan tersebut terdapat pelbagai masyarakat yang berlatar belakangkan daripada pelbagai tempat, ada yang dari sekolah, ada yang dari Universiti, ada yang luar negara dan sebagainya. jelaslah dalam perpustakaan tersebut tidak memilih untuk siapa yang masuk tetapi sesiapa yang masuk pasti akan teruja dengan suasana di dalam perpustakaan tersebut kerana amat damai untuk menyiapkan tugasan disana. Malahan Kami juga sempat membaca Buku Sasterawan negara iaitu buku Siti Zainun Ismail yang merupakan Sasterawan negara ke 14. Disana juga kami jumpa banyak buku Sasterawan yang lain tetapi masa mencemburui kami untuk menetap lama disana. Disini kami lampirkan sedikit gambar kunjungan kami di sekitar Dataran Merdeka.




 





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

IDDIN RAMLI ? INFLUENCER BEJAYA! (TOKOH MOTIVASI)