Catatan

PULAU: SERAM? (KRITIKAN FILEM)

Imej
NAMPAK SERAM TETAPI LAGI SERAM ADEGAN YANG ADA DALAM FILEM KITA SENDIRI DAN PELAKON TEMPATAN!       Pada era kemodenan ini, terdapat pelbagai filem yang hangat di pasaran, sekelompoknya hangat dengan jalan cerita yang menarik dan memberi faedah kepada masyarakat namun ada juga segelintir pengarah yang mengeluarkan filem yang tidak memberi faedah dan tidak bermutu. kepada masyarakat. Malahan ada juga yang mengeluarkan filem tidak bertapis untuk anak-nak bangsa yang sedang membangunkan negara. sebagai contoh filem baharu yang akan keluar nanti, filem Pulau pada dasarnya akan diterbitkan pada 9 mac 2023 namun setelah trailer terbaharu mereka keluar sekitar minggu ini terdapat unsur-unsur pornografi yang agak jijik untuk tontonan kepada seluruh masyarakat kerana cara pemakaian mereka yang agak menonjol boleh merosakkan anak-anak muda masa kini. Di poster filem mungkin nampak seram tetapi pada dasarnya ada unsur pornografi pada poster tersebut yang boleh membunuh masyarakat dengan cara yang

DATARAN MERDEKA: LUAS TERBENTANG BICARA DIRI (LOKASI YANG DIKUNJUNGI)

Imej
    W alaupun banyak bebanan yang perlu ditanggung dan perlu dihadapi, kita perlu mengambil sedikit masa untuk berhibur dan menenteramkan diri. Sebelum minggu ke 14 berlabuh bagi semester ke 3 ini, saya dan rakan-rakan menaiki bas untuk menghiburkan diri ke kuala lumpur, kami tidak ramai tapi kami ada. Ada apa? ada bila perlu dan ada bila senang. Jauh di sudut hati mengenangkan ibu ayah di kampung namun kami perlu teruskan tekad kejar impian kami dan habiskan ijazah demi segulung sijil yang insya-Allah akan bernilai nanti. kami menaiki smart bas Selangor yang percuma dan turun di KTM Serdang. dan meneruskan perjalanan menaiki KTM serdang ke Bandar Tasik Selatan dan menukar LRT di sana menuju ke Masjid Jamek. Di Masjid Jamek terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi termasuklah masjid Jamek, dataran merdeka, perpustakaan Kuala Lumpur dan sebagainya. Pada hari kami berada disana cuaca sangat tenang tidak terlalu panas dan tidak terlalu mendung. semuanya baik-baik saja alhamd

IDDIN RAMLI ? INFLUENCER BEJAYA! (TOKOH MOTIVASI)

Imej
ANAK MUDA TIDAK BOLEH MEMBERI MOTIVASI? IDDIN INFLUENCER MUDA PAKAR MOTIVASI? Iddin Ramli? siapakah Iddin Ramli? seorang influencer? apakah kerjaya beliau? kenapa beliau dipilih sebagai pakar motivasi?  Iddin Ramli merupakan seorang influencer yang pada mulanya berjinak-jinak dalam platform media sosial Instagram sahaja. namanya kian naik setelah beliau membuat video tentang nasihat dan motivasi. beliau sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada semua yang mengikutinya di Instagram dan sekarang platform media sosialnya telah berkembang kepada aplikasi yang kian menjadi tontonan ramai pada masa kini iaitu Tiktok dan YouTube dan sebagainya. beliau juga kian bergerak aktif dalam bidang penulisan. malah telah mengeluarkan dua buah buku nasihat yang sangat mendalam isinya.  Malah dengan caranya memberi motivasi pastinya ramai akan mengikuti kerana kita sekarang berada di fasa yang agak tenat dan memerlukan anak muda untuk berinteraksi dengan golongan yang muda . kenapa saya memilih Iddin

DRAMA: PEREMPUAN ITU (KRITIKAN DRAMA)

Imej
SENTUHAN ANTARA MAHRAM DAN BUKAN MAHRAM DI HALALKAN DALAM DRAMA MALAYSIA?      Industri negara kita, semakin lama semakin membangun tetapi mengapa masih ada penerbit yang menerbitkan drama yang berunsur lucah untuk tontonan umum. Drama Perempuan itu sebelum dikeluarkan baru-baru ini teruk dikecam kerana dalam teaser yang diterbitkan ada babak panas yang berunsurkan pornografi. Malah drama ini akan diterbitkan pada bulan Ramadhan tahun lalu. setelah dikecam teruk pihak produksi telah memotong babak tersebut namun dalam drama tersebut ada adegan yang bersentuhan antara mahram.  Jadi saya sebagai bangsa melayu dan beragama Islam saya menolak sekeras-kerasnya tentang isu ini kerana dalam Islam kita sendiri mengajar kesantunan sesama mahram dan tidak boleh bersentuhan antara wanita dan lelaki yang bukan mahram.  Malahan pula anak-anak muda akan terikut dengan adegan sebegini kerana mereka anggap pelakon yang mereka sanjungi ini melakukan hal sedemikian mengapa mereka tidak boleh mengikut se

CONGKAK WARISAN (WARISAN BUDAYA)

Imej
PERMAINAN TRADISIONAL TRADISI LAMA SEKARANG DILUPUSKAN?     Congkak sebenarnya berasal dari dunia Afrika atau Arab, hal ini terbukti apabila permainan ini dijumpai oleh persatuan National Geographic semasa proses cari gali purba, malah mereka juga menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh 5000 hingga 7000 sm di Jordan. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika dan akhirnya Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.     semasa perkembangan congkak di Asia tenggara, tempat pertama yang mengenali congkak adalah Melaka kerana ia berkembang dari sana melalui pedagang yang berdangang di sana kerana Melaka merupakan pusat dagangan pada zaman dahulu.  Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu terkenal dan diminati sehin

KUAT KERANA SYUKUR

Imej
 Dipinggirkan kerana tiada harta, dijauhkan kerana banyak kekurangan, dilupakan kerana tidak penting, dibiarkan kerana tidak disukai. Ya aku tahu aku banyak kekurangan. Banyak kelemahan tapi aku menerima kekurangan dan kelemahan ku dengan reda. Namun bila ramai yang menjauhkan diri.  Terasa diri ini kerdil seperti semut, semut yang dekat terlihat jelas apabila jauh tidak diketahui kewujudannya.  Tapi aku harus kuat, kuat tempuhi segalanya walaupun bersendirian walau berseorangan kerna aku tahu nanti bila kita jatuh tiada yang mampu mengangkat dan tidak semua yang sanggup ada ketika jatuh kerana ramai yang mentertawakan tetapi tidak semua akan membantu. Jadi aku harus kuat, tempuh segalanya dengan kekuatan diri yang ada.    

USTAZ WADI ILMUAN BIJAKSANA (TOKOH AGAMA)

Imej
  USTAZ WADI ANUAR SEORANG TOKOH MOTIVASI YANG BIJAKSANA DALAM MENYAMPAIKAN SYARAHANNYA TENTANG DUNIA AKHIR ZAMAN      Ustaz Wadi Annuar   atau juga nama sebenar ialah Mohamad Wadi Annuar Bin Ayub.   Beliau lahir pada   20 September 1983 bersamaan 12 Zulhijjah 1403H di Kota Kuala Muda, Kedah. Beliau merupakan penceramah bebas yang aktif dalam kegiatan dakwah dan juga kebajikan sesama muslim . Antara syarahannya yang mendapat perhatian ramai adalah tentang Akhir Zaman, Akhirat dan Sirah Rasulullah ﷺ. Dalam kerjayanya beliau merupakan seorang Pengerusi & pengetua Akademi Darul Iftak, bertempat di Sungai Layar Hujung, Sg. Petani, Kedah pada tahun 2018 sehingga kini. Malah beliau juga merupakan  Pengerusi NGO  Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda , bertempat di Sg. Petani Kedah pada tahun 2021. Selain itu ustaz Wadi juga merupakan  CEO Syarikat  UWA Global Sdn. Bhd pada tahun 2022 dan merupakan p engerusi NGO  Pertubuhan Ikatan Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ISLAMI) Kedah. Bel